Air Terjun Chemerung

Post

Hutan Lipur Sungai Chemerung merupakan salah satu hutan lipur yang terbesar di Terengganu. Ianya terletak sekitar 30 kilometer dari Bandar Al Muktafi Billah Shah. Di kawasan hutan lipur ini terdapatnya air terjun yang di katakan paling tinggi di Malaysia iaitu setinggi 305 meter. Hutan lipur ini kaya dengan khazanah fauna dan flora yang boleh kita terokai. Spesis-spesis orkid liar antara flora yang banyak boleh di temui serta hutan lipur ini juga merupakan pintu masuk kepada pendaki-pendaki ke Gunung Berembun.

Dari jauh lagi sebelum kita sampai ke kawasan air terjun ini kita akan dapat lihat jaluran berwarna putih di tengah-tengah kehijauan pokok dan itu merupakan puncak tertingginya. Bagi pelawat biasa yang datang berkelah, mereka hanya pergi ke kolam-kolam takungan di kawasan yang rendah sahaja. Bagi mereka yang sukakan cabaran anda boleh membuat trekking ke puncak air terjun ini tetapi pastikan anda di temani oleh pemandu jalan atau pelancong yang mahir dengan selok belok hutan di sini. Walaupun terdapat denai atau ruang pejalan kaki sebarang kemungkinan boleh terjadi jika kita tidak berhati-hati dan mengambil berat soal keselamatan.

Kemudahan seperti tandas, pondok berehat, surau dan gerai jualan memberikan lebih keselesaan para pengunjung ke kawasan air terjun ini. Aktiviti berkhemah juga kerap dibuat disini oleh individu mahupun persatuan-persatuan. Para peminat fotografi juga sering berkunjung ke Air Terjun Chemerung bagi merakamkan keindahannya. Terdapat begitu banyak lokasi yang boleh anda pilih dan membuat rakaman foto. Membawa keluarga atau bersama teman-teman di hari minggu menikmati keindahan dan merasai kesejukan air terjun ini sesuatu yang begitu menyeronokkan.



Related Posts with Thumbnails

  1. ryan06-16-11

    eh?kalau x silap saya,bukan ke air terjun gunung stong kat kelantan tu yg tertinggi?

  2. maz lina04-07-12

    Tasik kenyir adalah tempat yang paling cantik…Tasik buatan manusia…Peninggalan untuk Semua…

Leave a Reply