_DSC5674

Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir

Air Terjun Lasir merupakan salah satu daripada 14 air terjun yang dibuka secara komersial kepada pelancong di Tasik Kenyir. Untuk ke air terjun ini anda boleh memandu ke Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuala Terengganu. Banyak bot-bot yang boleh di sewa dengan kadar tertentu. Jarak antara Pengkalan Gawi dan Air Terjun Lasir kira-kira 16 km. Air terjun ini mencapai ketinggian kira-kira 500 meter dan merupakan salah satu destinasi perkelahan yang popular di Tasik Kenyir. Pelbagai kemudahan seperti jeti, tandas, tapak perkemahan, jambatan gantung dan laluan pejalan kaki di sediakan di sini.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin terjadi, saya nasihatkan supaya anda memakai jaket keselamatan sepanjang masa ketika mandi terutama bagi kanak-kanak. Jaket keselamatan biasanya disediakan bersama ketika anda menaiki bot. Sila rujuk kepada pemandu bot anda untuk maklumat lanjut. Bagi peminat fotografi, Lasir  menjanjikan pelbagai landskap serta fauna dan flora yang indah untuk di rakam oleh anda. Jadi rancanglah percutian anda ke sini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan

Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Tel: 609-6668498 Fax: 609-6668979

Related Posts with Thumbnails

3 Comments

  1. Silvia Gómez - 7 years ago

    A special place. Jump leads to water …

  2. ryan - 6 years ago

    nice place to visit..beautiful water..i like..but,how deep it is?

  3. maz lina - 5 years ago

    cantik nya air trjun kat kenyir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *