DSC_4033

Air Terjun Saok, Tasik Kenyir

Lokasinya lebih dekat berbanding dengan Air Terjun Lasir, dengan jarak kira-kira 8 km atau 15 minit dengan menaiki bot daripada Pengkalan Gawi, anda boleh sampai ke Air Terjun Saok. Tidak jauh dari situ juga terletak Taman Herba di Pulau Sah Kecil. Kebiasaanya jika anda merancang dari awal bercuti ke sini anda boleh pergi ke tiga-tiga lokasi ini dalam masa sehari iaitu ke melihat dan belajar tentang tumbuhan di Taman Herba, singggah di Air Terjun Saok untuk bergambar dan melihat keindahan air terjun ini dan di akhiri dengan berkelah serta mandi-mandi di Air Terjun Lasir. Akan tetapi jika ingin menjimatkan kos bot anda di nasihatkan pergi secara berkumpulan, di mana kos dari satu tempat ke satu tempat di kira per-bot bukan per-individu. Setiap bot boleh memuatkan 8 orang pelancong.

Oleh kerana struktur air terjun ini yang agak berbatu dan kurang kawasan lapang atau takungan air yang besar jadi ianya kurang sesuai untuk aktiviti mandi-manda namun anda masih boleh menikmati kesegaran serta kesejukan air terjun ini dengan berbaring di aliran air yang terdapat di sekitar air terjun ini. Pastikan anda berhati-hati ketika beriadah disini kerana mungkin faktor batuannya yang agak licin dan berlumut boleh membahayakan keselamatan anda.  Terdapat juga kemudahan tandas, kawasan perkhemahan dan laluan pejalan kaki bagi kemudahan pengunjung.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan

Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Tel: 609-6668498 Fax: 609-6668979

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *