xDSC_3165

Air Terjun Sekayu

Sekayu comei zamang berzamang“, itu antara bait lagu Blues Terengganu Kite yang dinyayikan oleh kumpulan Iklim pada satu masa dahulu yang mengambarkan keutuhan air terjun ini yang seolah tidak luntur oleh arus masa. Ia merupakan salah satu air terjun yang paling lama di buka kepada orang awam. Terletak kira-kira 56 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu dan 16 kilometer daripada pekan Kuala Berang. Air terjun ini termasuk didalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu yang juga kaya dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat dari segi perubatan.

Kemudahan awam seperti seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, denai hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi tersedia disini. Bagi mereka yang ingin merasai suasana bermalam di hutan lipur ini, chalet-chalet dan tapak-tapak perkhemahan disewa dengan pihak pengurusan hutan lipur dengan harga yang berpatutan.

Rasai kesejukan dan kejernihan air sungai yang mengalir di Sekayu bersama keluarga dan teman-teman anda dan hargailah anugerah alam ini tanpa membuat sebarang pencemaran dan sebagainya supaya generasi akan datang tetap dapat menikmati apa yang kita nikmati sekarang di hutan lipur ini.

Related Posts with Thumbnails

7 Comments

  1. eika - 5 years ago

    syok jew…

  2. angah - 5 years ago

    best………………yewwwwwwwwwwww

  3. mama - 4 years ago

    kesal, bayaran masuk sebanyak rm2 untuk satu kepala sudah dikenakan sejak awal tahun. mungkin bagi sesetengah pihak, ia bayaran yang kecil tapi bagi yang berkeluarga besar bagaimana. jika kami mampu sudah kami bawa keluarga ke tempat yang lebih jauh, akibat dari faktor kurang mampu air terjun sekayu menjadi pilihan kami sekeluarga.
    betul tiada barang percuma sekarang, tapi fikirkan bagi yang tidak berkemampuan.

  4. Muhammad firdaus - 4 years ago

    Betultu..memang jernih airnya..pada 9/11/2013 sya pergi ke air terjun sekayu..memang best.. Dan orang2 di kawasan tu pun sangat friendly tau walupun sikit xxxxx kenal…:)

  5. gate auto - 3 years ago

    smlm saya 1keluarga dari nak ke sekayu …..terbaaaik bro….. sampai2 amat22 sedih222 tengok sampah yg ditinggalkan oleh mereka22 yg tak rasa bersalah………. wahai manusia2 marilah kita sama2 jaga KEBERSIHAN SEKAYU YG CANTIK NI…. syukurlah kita pada allah……kerana sekayu ada di teregganu

  6. gate auto - 3 years ago

    saya cadangkan pembesar suara diletak di beberapa kawasan mandi- manda bagitahu 2jam sekali… sampah2 jangan tinggal pd pengunjung2……. sepatutnye khimat anggota2 RELA perlu ada buat rondan biasa dan mencergah jenayah2 dari berlaku diharapkan pihak bewajib pertimbangkan bagi KEKALKAN KEASLIAN SEKAYU YANG CANTIK ni……..

  7. Nobelin - 2 years ago

    Hello Edi, you look so different now 🙂 Hope all your wish for the dvereliy will come true, ie, to give birth in terengganu.Hope all is well with abang imran and faeq as well.all the best Edi.Sally

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *