x_DOM2246

Air Terjun Sungai Buweh, Tasik Kenyir

Jika anda berkunjung ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dan ingin menikmati serta bersantai di kawasan air terjun tanpa menaiki bot anda boleh ke kawasan perkelahan Air Terjun Sungai Buweh yang terletak kira-kira 5.5 km daripada simpang masuk ke Pengkalan Gawi. Kawasan perkelahan ini disediakan kemudahan seperti tandas, pelantar pejalan kaki, wakaf dan kolam takungan yang sederhana. Air terjun ini tidaklah terlalu besar dan tidak mempunyai kawasan lapang serta sungai yang mengalir seperti kebanyakan air terjun lain, Airnya mengalir dari puncak bukit dan bertakung di dua kolam takungan kemudian menghilang di bawah tanah.

Oleh kerana kawasan ini kurang di kunjungi seperti air terjun lain kerana mungkin ianya agak kecil kawasan untuk mereka melakukan aktiviti seperti mandi dan berenang jadi ianya sesuai jika anda ingin mengadakan program seperti Bbq keluarga dan sebagainya. Dua kolam takungan yang terdapat disini sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana ianya tidak terlalu dalam.

Formasi air  terjun ini juga bagi saya sangat menarik dan unik, dengan warna-warna batunya yang pelbagai serta di sulami oleh pokok-pokok kecil dan sekitar air terjunnya diteduhi oleh pokok-pokok besar yang kebanyakannya telah di lebel dengan nama sainstifik bagi rujukan kepada para pengunjung. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak tak kira pengunjung ataupun pengurusan tempat-tempat rekreasi seperti ini untuk menjaga kebersihan dan keindahan supaya ianya kekal untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

TOURIST INFORMATION CENTRE
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Terengganu Darul Iman
Tel: 609-6267788 Fax: 609-6667657

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *