x_DOM5568

Air Terjun Tembat, Tasik Kenyir

Bagi mereka yang berkunjung ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir terutamanya kepada kaki pancing anda boleh ke air terjun Tembat yang terletak kira-kira 23 km daripada Pengkalan Gawi. Terdapat dua cara untuk anda ke sana iaitu melalui bot dari pengkalan gawi atau memandu kenderaan sendiri dari pengkalan gawi melalui jalan ke Gua Musang – Aring dan menuju ke Kelah Rakit Resort kira-kira 24 km dari pengkalan gawi. Dari situ anda boleh menyewa bot ke air terjun Tembat yang jaraknya sekitar 5-10 minit sahaja. Anda juga boleh memilih untuk menginap di chalet terapung ini  atau juga di salah satu lokasi berhampiran air terjun  iaitu Musang Resort atau Kelah Rakit Resort.

Sambil memancing anda sekeluarga juga boleh berkelah dan beriadah di sini. Dengan struktur batuan yang agak besar dan mendatar agak memudahkan pelawat dan para pemancing untuk memilih tempat masing-masing untu berehat dan memancing. Terdapat juga tapak perkhemahan di sediakan berhampiran air terjun ini. Oleh kerana kolam takungan air terjun di sini agak dalam, saya nasihatkan anda yang membawa anak kecil supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti air.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan

Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Tel: 609-6668498 Fax: 609-6668979

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *