DSC_1158

Ayam Percik Terengganu

Ayam percik Terengganu bukan saja digemari oleh penduduk tempatan tetapi juga pelancong.Keenakan ayam yang di panggang kemudian di saluti perencah istimewa yang boleh mengecurkan lidah anda.

Resepi Ayam Percik Terengganu :

Bahan-bahan:

Bahagian dada ayam
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah – dikisar
2 batang serai
1 sudu besar cili giling
2 keping asam keping
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.Panggang ayam dengan sedikit garam
2.Masakkan 200ml santan pekat
3.Masukkan bawang yang dikisar bersama dengan cili giling
4.Masukkan serai yang diketu bersama sedikit belacan dan garam secukup rasa
5.Masukkan asam keping
6.Kacau sehingga mendidih dan santan pekat
7.Apabila masak bolehlah disiram di atas ayam yang telah dipanggang tadi


Kredit resepi : Ummu

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. […] Photo credits: Visit Terengganu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *