DSC_6662

Bakau Tinggi

Jika anda melewati daerah Kemaman,Jangan lupa singgah seketika berjalan di bawah pohon-pohon bakau serta melihat kehidupan yang ada di sekitarnya seperti ikan dan ketam dimana habitat semulajadi mereka masih lagi terkawal di sini. Taman Bakau Tinggi ini terletak di tepi sungai Bakau Tinggi. Anda juga boleh berihat bersama kawan-kawan serta keluarga, bagi yang membawa anak inilah masanya anda mengajar anak anda tentang alam semulajadi yang patut kita jaga dan cintai untuk generasi akan datang dan juga untuk kepentingan eko-sistem alam.

Jika sudah penat berjalan-jalan di kawasan ini anda boleh singgah di gerai berhampiran untuk minum. Jadi jangan lupa jika anda berada di daerah Kemaman, pastikan singgah dan melawat kawasan ini yang terletak tidak jauh dari bandar Cukai. Bagi kaki pancing,cubalah nasib anda di sungai Bakau Tinggi ini,mana tahu rezeki berpihak pada anda hari tersebut. 🙂

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *