x_DOM1844

Batik Blok Terengganu

Industri batik sudah tidak asing lagi di Malaysia terutama di negeri Terengganu. Batik di Terengganu terbahagi kepada dua kategori iaitu batik blok dan batik cantik. Batik blok biasanya digunakan dalam pembuatan kain sarung manakala batik canting digunakan dalam menghasilkan kain batik dari kain sutera dan sebagainya. Pada asalnya blok batik di perbuat daripada kayu dan kemudian mengalami proses perkembangan di mana kini blok batik di hasilkan daripada besi atau tembaga mengikut corak atau motif-motif tertentu. Kebiasaannya motif tumbuh-tumbuhan banyak diguna pakai dalam batik blok  Terengganu.

Dari sehelai kain putih, ia akan mengalami beberapa proses tertentu seperti menerap kain dengan lilin, mencelup warna, mencetak corak, mematikan warna dan menghilangkan lilin dengan di rebus kedalam air panas. Kemudian kain batik akan di jemur sehingga kering dan di bungkus untuk dijual.

Oleh kerana proses membuat batik blok masih bersifat tradisional ia menarik minat ramai pelancong dari dalam dan luar negara bagi melihat proses-proses yang di jalankan oleh pengusaha-pengusaha batik di Terengganu. Jika anda berminat jangan lepaskan peluang bila berkunjung ke Terengganu untuk melihat bagaimana batik blok di buat. Antara tempat yang anda boleh kunjungi adalah Komplek Kraf Noor Arfa dan Warnisma Kraf.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. mira - 5 years ago

    kami budak form 6..ambil kajian tentang batik blok di terengganu.kalau nak dapatkan maklumat mcm mna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *