Bazar Warisan

Bazar Warisan merupakan alternatif  kepada pelancong yang ingin membeli belah di Terengganu selain daripada Pasar Payang. Ianya terletak berhampiran Pasar Payang dan mempunyai dua blok bangunan setinggi 3 tingkat. Kedai-kedai menjual kain batik sutera, songket, barang cenderamata dan sebagainya antara yang terdapat di bazar ini. Dari pemerhatian saya kebanyakan pelancong yang datang lebih suka membeli belah di Pasar Payang dengan beranggapan bahawa harga barang di Bazar Warisan lebih mahal berbanding dengan Pasar Payang. Setakat yang saya tahu harga-harga terutama kain batik sutera adalah sama dan malah ada sesetengah kedai yang menjual dengan harga lebih murah dari yang di tawarkan di Pasar Payang. Anda boleh buat perbandingan sendiri dengan mengunjungi kedai-kedai di kedua-dua tempat ini.

Pada setiap bulan di hari Sabtu dan Ahad terdapat pertunjukan kebudayaan diadakan di ruang bawah Bazar ini. Pertunjukan seperti nyayian tradisional Terengganu, tarian tradisional, demostrasi membuat wau dan sebagainya boleh di lihat oleh para pelancong. Ini bagi mendedahkan para pelancong kepada seni budaya rakyat Terengganu.

Di tingkat tiga Bazar Warisan terdapat kemudahan gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Anda boleh menikmati hidangan sambil melihat suasana pinggir bandar Kuala Terengganu. Selamat datang berbelanja di Terengganu. 🙂

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. ema - 5 years ago

    boleh saya tahu waktu operasinya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *