DSC_0432

Belukar Bukit

Berbanding dengan air terjun Sekayu, air terjun Belukar Bukit agak kurang di sebut dan popular dikalangan pelancong luar.Bagi penduduk tempatan tempat perkelahan ini menjadi pilihan mereka terutamanya bagi yang membawa anak-anak kecil kerana faktor keselamatan.Sungai jernih yang mengalir pada penghujung air terjun menjadi pilihan mereka yang berkeluarga untuk berkelah dan bermandi manda bersama anak-anak kerana ianya lebih selamat dan tidak perlu berjalan terlalu jauh daripada tempat meletak kenderaan.

Bagi golongan muda mereka lebih gemar ke kawasan lebih atas air terjun ini untuk berkelah bersama sahabat handai.Air terjun Belukar Bukit ini terletak kira-kira 6 kilometer daripada air terjun Sekayu.Jika anda bercuti ke Terengganu cubalah ke tempat ini dan merasai sejuk segar air terjun nya bersama keluarga.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *