DSC_1189

Bronok

Antara kuih tradisional yang biasa menjadi sajian masyarakat Terengganu ketika minum pagi atau petang.Kuih yang di perbuat daripada sagu ini di makan bersama kelapa parut.Rasanya manis dan sejuk.Mudah di dapati di pasar-pasar.Jika anda ke Pasar Payang pada sebelah pagi di bahagian aras bawah ada terdapat penjualan kuih ini bersama kuih-kuih tradisional Terengganu yang lain.

Antara resepi kuih Bronok yang boleh di cuba :

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Kredit Resepi  : Mama

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *