xDSC_2951

Bukit Besi

Terletak kira-kira 33km dari bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu didalam daerah Dungun. Bukit Besi pernah menjadi salah satu tempat yang menjadi sebutan ramai ketika dahulu yang mana ianya merupakan pusat pengeluaran bijih besi yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara sekitar tahun 1916 sebelum di tutup sekitar tahun 1970. Bermula dengan penemuan bijih besi oleh seorang ahli kajibumi Jepun bernama Kuhara kini Bukit Besi hanya meninggalkan sisa-sisa sejarah untuk generasi sekarang.

Lawatan ke Bukit Besi tidak lengkap jika anda tidak melawat pada keseluruhan kawasan perlombongan ini. Anda dapat saksikan tinggalan bangunan daripada aktiviti perlombongan. Saya melihat struktur bangunan perlombongan di sini agak besar dan ini sesuai dengan statusnya pada ketika itu sebagai lombong bijih besi terbesar di Asia Tenggara. Perlombongan bijih besi disini telah diushakan oleh sebuah syarikat perlombongan daripada Jepun iaitu Nippon Mining Company (NMC) sebelum di ambil alih pihak British selepas kekalahan Jepun dalam perang dunia kedua.

Ada penduduk tempatan disini yang saya temui masih percaya bahawa terdapat banyak tinggalan berharga didalam perut bumi Bukit Besi yang masih belum di ekplorasi. Jangan lupa untuk singgah di Bukit Besi jika anda melawat Terengganu untuk melihat tinggalan sejarah yang ditinggalkan sekitar kawasan ini.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. tityhada - 6 years ago

    Selain dari gambar2 tinggalan yg ada di page ini..ada lg tak gambar2 lama tempat2 di bukit besi pd tahun2 60 hingga 70an

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *