_DOM3932

Pulau Warisan Pusat Budaya Negeri

Salah satu daya tarikan baru yang masih lagi dalam proses pembinaan adalah Pulau Warisan. Ianya terletak di kawasan belakang China Town atau juga dikenali sebagai Kampung Cina. Buat masa ini beberapa fasa telahpun siap dan kawasan ini mulai menjadi tumpuan penduduk setempat malahan juga para pelancong.

Terdapat satu terusan dan beberapa titian yang menghubungkan kawasan pulau buatan manusia ini dengan daratan. Di sebelah hujung terusan terdapat satu titian gantung yang di reka secara melengkung yang mula menjadi salah satu landmark disini. Pulau warisan ini di buat bagi menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan yang menjadi warisan penduduk negeri Terengganu. Kedai-kedai menjual dan mempamer barang kesenian, songket, batik,tembaga, anyaman, kraf serta pertunjukan permainan tradisional dan kebudayaan yang akan menjadi tarikan pelancong dan juga akan mewujudkan suasana perkampungan bercirikan tradisi Terengganu.

Dengan adanya Pulau Warisan ini akan memberi nafas baru dan kesan positif terhadap perkampungan tradisional Kampung Cina kerana kampung ini juga adalah satu warisan yang perlu dipelihara.

Related Posts with Thumbnails

2 Comments

  1. […] waktu malamNak tengok gambar Pulau Warisan Terengganu pada siang hari?? Boleh jenguk artikel ini; Pulau Warisan Pusat Budaya Negeri Terengganu.ps: korang tengok gambar atas ni pulau warisan ada iras2 dengan […]

  2. Akma - 4 years ago

    Nak gi ganu minggu ni…so tgh usha2 mana tempat menarik utk dilawati. Pulau Warisan ni mcm best je..elok pegi siang ke malam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *