x_DOM1564

China Town

China Town banyak terdapat di negeri malah di negara lain seluruh dunia dan setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri, begitu juga dengan China Town di Terengganu yang terletak di jalan Kampung Cina. Ianya merupakan pusat atau tempat tinggal masyarakat Cina dari tanah besar Cina yang datang ke Terengganu sekitar abad ke-19. Deretan bangunan lama menghiasi dikiri dan kanan jalan sepanjang penempatan ini. Anda akan dapat melihat pelbagai jenis ukiran dan pelbagai warna bangunan daripada simen dan kayu yang terdapat disini.

Saya nasihatkan anda supaya berjalan kaki dari arah Hotel Seri Malaysia ataupun daripada Pasar Payang untuk kenikmati suasana sebenar tempat ini. Beberapa lorong di sekitar China Town telah diubahsuai menjadi lebih menarik kepada pelancong. Lorong-lorong seperti Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Tau Kay Wee Sin Hee dan Lorong Kenangan antara yang terdapat dikawasan ini,

Lorong Mesra Alam dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau manakala Lorong Warisan Dunia dipaparkan maklumat-maklumat menarik mengenai pelbagai tempat menarik diseluruh dunia seperti Taj Mahal, Machu Picchu dan sebagainya. Di Lorong Tau Kay Wee Sin Hee mengandungi pelbagai signboard, pondok telifon lama dan lesung batu. Plak-plak bergambar tokoh-tokoh dari masyarakat Cina disini yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri Terengganu menghiasi dinding di sekitar Lorong Kenangan. Anda pasti seronok jika sempat menerokai kesemua lorong-lorong terbabit di kawasan ini.

Terdapat juga pelbagai kedai yang menjual barangan cenderamata dan pelbagai lagi.  Tedapat juga dua bangunan tokong disini iaitu Ho Ann Kiong dan Tien Hou Kong. Tokong Ho Ann Kiong kini ditutup untuk sebarang upacara keagaaman mahupun lawatan oleh pelancong kerana terlibat didalam kebakaran pada awal tahun ini dan kini dalam proses baikpulih. Bangunan-bangunan disini telah diwartakan sebagai bangunan warisan dunia oleh pihak UNESCO. Sambil anda membeli-belah di Pasar Payang cubalah menjenguk dan berjalan disekitar  China Town ini yang terletak berhampiran.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *