Dodol Daun Palas

Post

Dodol daun palas merupakan makanan tradisional negeri Terengganu yang sudah tidak asing lagi. Jika anda ke Pasar Payang anda akan temui makanan ini di bungkus dalam pek plastik dan kebiasaannya di jual dengan harga RM5.00 untuk  3 pek. Rasanya sangat manis dan enak dengan aroma daun palas yang pasti mengiurkan lidah anda.

Berbeza dengan dodol dari kelantan yang di bungkus dengan saiz yang lebih besar dan menggunakan beg plastik menjadikan dodol Terengganu ini mempunyai keunikannya tersendiri. Adunan tepung beras, santan, manisan atau gula di buat secara tradisional oleh penduduk kampung Batangan dari daerah Marang. Proses selama  6 hingga 8 jam di perlukan untuk memastikan dodol benar-benar masak. Jadi apabila anda sampai ke Pasar Payang jangan lupa membeli dodol daun palas sebagai buah tangan apabila pulang nanti.



Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply