Gua Bewah, Tasik Kenyir

Post

Gua Bewah terletak di salah satu gugusan pulau-pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Gua ini sudah lama diterokai untuk kajian arkeologi dan masih berterusan sehingga sekarang.Dahulunya gua ini menjadi salah satu tempat ‘kilang tahi kelawar’ di mana masih lagi dapat kita lihat jika masuk ke dalam gua ini binaan yang di buat bagi mengeluarkan najis kelawar dari gua yang mana kebiasaanya di gunakan sebagai baja.

Untuk kemudahan para pelancong pihak berwajib telah membina tangga dari luar hingga ke hujung gua dan juga turut dilengkapi dengan lampu  solar yang akan menyala secara automatik jika anda masuk ke gua ini.Dikiri dan kanan tangga anda dapat perhatikan struktur batuan yang berbeza-beza menghiasi gua ini.Jika bernasib baik anda akan bertemu dengan spesis ular yang berwarna putih dicelah-celah batu yang menjadi salah satu penghuni tetap gua disamping kelawar.

Turut di sediakan juga di pintu masuk gua adalah mini muzium yang menempatkan gambar-gambar proses mencarigali bahan-bahan sejarah oleh ahli-ahli arkeologi terdahulu serta penemuan-penemuan yang di dapati dari gua ini.Di katakan juga gua ini turut menjadi salah satu tempat persembunyian pahlawan melayu iaitu Mat Kilau.

Semenjak daripada akhir tahun 2009 sekumpulan ahli arkeologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Terengganu telah menjalankan kerja-kerja carigali di Gua Bewah dan mereka menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik iaitu kira-kira 8,000 hingga 11,000 tahun dahulu dan ini menjadikan Gua Bewah semakin dikenali dan ini akan menjadi daya tarikan baru untuk anda datang dan melihat gua yang bersejarah ini bersama keluarga.

Tip : Anda boleh berkunjung ke Gua Bewah dengan menaiki bot di Pengkalan Gawi,Tasik kenyir.Anda juga di nasihatkan membawa lampu suluh dan tuala atau penutup hidung jika alah kepada bau najis kelawar.Berjalan mengikut tangga yang di sediakan dan jaga tutur kata anda ketika berada di gua ini :)

Anda boleh saksikan sedikit sedutan video yang saya rakam di Gua Bewah :




Related Posts with Thumbnails

  1. 1malaysia07-19-10

    tempat tu tak berhantu ke bro….

  2. dome07-20-10

    Setakat saya pergi dah lebih 10 kali tidak pernah pula jumpa hantu. saya pernah masuk ke gua ini seorang diri :)

  3. Dyana ShaifulHaq02-09-11

    Salam, byrn masuk berape ye? ade tk kontek no ngn org yg in charge gua ni?
    ade tak kwsn sekeliling yg menarik utk dikunjungi di sekitar gua ni?
    thnx.

  4. dome02-09-11

    salam,tidak ada bayaran masuk ke guan ini dan tidak ada siapa yang menjaga.cuma kadangkala ada pihak muzium terengganu yang datang berkampung di gua ini bagi menjalankan penyelidikan arkeologi. pelawat boleh menyewa bot dari pengkalan gawi, tasik kenyir untuk ke gua ini. berhampiran gua bewah juga terletak gua taat cuma utk masuk ke gua taat bergantung kepada paras air tasik. jika awal tahun selepas musim tengkujuh paras air tasik agak tinggi dan menyebabkan gua taat berada dibawah paras air.

  5. ryan06-15-11

    kenapa kena jaga pertuturan masa berada dalam gua nie?berhantu kah gua nie?menakutkan je bunyinye..isk3..tapi,teringin nak gi..huhu

Leave a Reply