DSC_6581

Gua Taat – Khazanah di bawah air

Terletak berhampiran Gua Bewah dan kedudukannya lebih rendah. Boleh di katakan hampir 50 hingga 70 peratus hayat gua ini berada di bawah paras air dan akan timbul selepas paras air tasik Kenyir mulai surut dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca. Apabila monsun mula tiba dan paras air kembali naik, Gua ini akan kembali tenggelam dan tidak boleh di lawati. Sebelum anda merancang untuk melawat gua ini pastikan anda mendapat maklumat yang betul daripada pusat penerangan pelancongan samaada di Kuala Terengganu atau di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bahawa gua ini sudah boleh dimasuki.

Kebiasaanya para pelancong menyewa bot laju dari Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dengan kadar bayaran RM400 hingga RM500 untuk setiap bot dan mengambil masa sekitar 45minit untuk sampai ke sini. Gua ini mula di terokai untuk kajian sejarah pada tahun 1959. Terdapat penemuan pelbagai peralatan zaman dahulu seperti tembikar dan sisa-sisa makanan yang di anggarkan berusia sekitar 5 hingga 12 ribu tahun lepas yang dipercayai dari kebudayaan Hoabinh. Sebaik sahaja anda memasuki gua ini anda akan bertemu dengan kawasan lapang yang agak kosong, anda perlu berjalan ke arah dalam gua dan memilih lorong dibahagian kiri gua. Suasana disini cukup gelap dan lampu sangat diperlukan jika anda ingin menerokai kawasan gua dengan lebih lanjut. Keadaaan tanah ketika melewati lorong tadi agak tidak sekata dan mempunyai lapisan batu serta satu lubang yang agak besar dibahagian kanan dimana anda akan mendengar aliran air sedang melewati lantai gua. Di kawasan ini juga anda akan bertemu dengan pelbagai bentuk stalaktit.

Walaupun persekitaran dalam gua ini jauh lebih kecil dari gua Bewah, bagi saya ianya cukup menarik dengan pembentukan stalaktit yang membentuk formasi seperti binatang, tiang-tiang yang seolah menyokong permukaan atas gua, ada juga yang seperti berbentuk gigi jerung ,tulang temulang dan pelbagai lagi. Dari arah dalam gua ini apabila kita melihat ke arah luar di bahagian pintu gua kelihatan kehijauan air tasik dan jelas kelihatan gua Bewah dan pusat perkhemahan di tepi gua Bewah.

Terdapat tangga di sediakan untuk memasuki gua ini, oleh kerana tangga tersebut di perbuat daripada besi dan sentiasa tenggelam menjadikannya begitu berkarat, jadi berhati-hati apabila anda memegang bahagian pemegang tangga. Pastikan juga anda membawa lampu suluh dan berhati-hati ketika berjalan di dalam gua yang mungkin turut di huni oleh spesis-spesis binatang tertentu yang gemarkan suasana sejuk dan gelap seperti ular, lipan, kelawar dan kala jengking. Terdapat beberapa lubang besar yang perlu anda berhati-hati ketika masuk keruang dalam gua dan anda juga akan menemui satu lubang yang mempunyai aliran air. Bagi saya gua ini sangat indah dan perlu di ekplorasi oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenai alam semulajadi. Bagi mereka yang membawa kamera SLR berhati-hati saya nasihatkan ketika mengambil gambar kerana terdapat titisan air yang jatuh dari dinding atas gua. Jangan lupa menyentuh permukaan batuan gua yang terasa begitu sejuk seperti ais.

Pergi secara berkumpulan adalah lebih baik jika anda merancang untuk menerokai Gua Taat mahupun Gua Bewah kerana boleh menjimatkan kos menyewa bot yang boleh di kongsi beramai-ramai serta mengurangkan gementar anda apabila menerokai gua ini yang  juga terkenal dengan pelbagai kisah-kisah mistik di kalangan penduduk tempatan.

Saksikan rakaman video dibawah yang dirakam pada 29 September 2010, kali ini saya mendokumentasi Gua taat dengan lebih terperinci berbanding dengan lawatan terdahulu.

Related Posts with Thumbnails

5 Comments

  1. Silvia Gómez - 7 years ago

    This place is truly magical. Invited to take the bags and fly to Malaysia! Super .-

  2. dome - 6 years ago

    thanks Silvia 🙂

  3. Fixell Assyafique - 6 years ago

    wow, this is amazing! ribuan terima kasih sbb benarkan sy untuk turut sama menimba pengalaman yang tak akan dilupakan sama sekali. 🙂 hebat penelitian dan research photojournalism abg.

  4. dome - 6 years ago

    sama-sama 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *