DSC_6341

Gunung Tebu

Dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter menjadikan Gunung Tebu sebagai puncak tertinggi di Terengganu.Terletak didalam daerah Besut dan sering menjadi tumpuan para pendaki baik dari Terengganu mahupun dari luar Terengganu malah juga dari luar Malaysia.Walaupun dikatakan laluan ke puncak gunung ini adalah mudah berbanding dengan gunung-gunung lain tetapi ianya tetap menjadi tarikan para pendaki dengan kekayaan flora dan faunanya, pemandangan indah di puncak yang mengadap laut China Selatan di mana kelihatan pulau Perhentian dari jauh serta tarikan kisah-kisah mesteri di gunung ini.

Para pendaki dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 oleh jabatan perhutanan sebagai permit mendaki dan Lata Belatan yang berada di kaki gunung ini menjadi ‘starting point’ bagi pendakian yang memakan masa 5 – 6 jam perjalanan.Ada juga mereka yang bermalam  berhampiran puncak untuk menikmati panorama dan suasana indah di sana.Sekitar 20 minit perjalan dari puncak terdapat satu kawasan lapang sebagai tapak perkemahan dan tidak jauh dari sumber air.Jika anda masih baru dengan pendakian atau pertama kali menjejak kaki ke gunung Tebu anda di galakkan mengambil pemandu arah yang berlisen dan berpengalaman dengan selok  belok gunung ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.Jika berminat anda boleh menghubungi saudara Suzilan melalui email asuzilan@yahoo.com


Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. Suzilan Bi Mohd Salleh - 6 years ago

    Terima kasih atas maklumat tuan didalam blog. Sekiranya tuan berminat untuk ke tempat baru iaitu LAGUNA AGRO RESORT iaitu kawasan wetland Negeri Terengganu saya sedia untuk menguruskannya. Terima Kasih.

    Suzilan TG8176

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *