DSC_3922

Istana Maziah

Terletak berhampiran Bukit Puteri atau suka saya andaikan sebagai kawasan segitiga emas iaitu Pasar Payang, Bukit Puteri & Bazar Warisan yang mana ianya merupakan lokasi tumpuan utama bagi pelancong dari luar Terengganu untuk membeli belah dan menikmati panorama sekitar Kuala Terengganu daripada Bukit Puteri.Istana ini merupakan istana rasmi bagi Sultan Terengganu dan juga merupakan istana istiadat bagi tujuan pelantikan rasmi diraja,sambutan ulangtahun,pengurniaan pingat dan sebagainya.

Istana ini dapat di lihat dengan jelas dan dekat daripada Medan Maziah, di lihat dari sudut atas daripada Bukit Puteri dan di lihat secara lansung dari depan melalui pintu pagar istana.Ianya merupakan salah satu ikon atau mercu tanda bagi Terengganu yang menandakan kedaulatan kesultanan Melayu.Istana ini di bina ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1897 untuk menggantikan Hijau Istana, yang dibakar semasa Perang Dunia II.

Ketika mengunjungi Terengganu jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan istana ini sebagai kenangan anda 🙂

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *