DSC_1187

Jala Emas

Kuih yang popular di Terengganu dan Kelantan ini di perbuat daripada kuning telur dengan proses-proses yang agak menyerewetkan.Ianya berbentuk seperti mee atau jaluran meggi yang lebih halus dan lembut yang di urai ke dalam air gula yang panas.Kebiasaannya harga kuih ini lebih mahal berbanding dengan kuih-kuih tradisional yang lain.Kuih ini selalu digunakan dalam hantaran perkahwinan melayu.

Mari kita lihat resepi kuih tradisional ini :

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
* 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
* 2-3 helai daun pandan
* 4 cawan air
* Daun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara:

1. Tapis kuning telur dan pukul sedikit
2. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3. Angkat dan ’tos’kan.
4. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
5. Hidangkan
6. p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

kredit resepi : Lela

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. Ahmad - 1 year ago

    Thanks Ellie, what’s even better is that the letfevor coconut has been marinating in gula melaka and added brown sugar, when mixed in with hazelnut meal, was just divine to smell!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *