xDSC_3200

Jeti Merang

Terletak 39km dari bandar Kuala Terengganu dan mengambil masa kira-kira 35 hingga 45 minit untuk sampai ke kawasan jeti ini. Oleh kerana namanya dari sebutan terlalu hampir dengan Jeti Marang, maka terdapat kekeliruan dikalangan pelancong yang pertama kali datang ke Terengganu dan ingin ke pulau-pulau sekitarnya. Jeti Marang adalah transit untuk para pelancong ke Pulau Gemia dan Kapas manakala Jeti Merang adalah transit untuk ke Pulau Redang, Lang Tengah dan Bidong.

Kemudahan seperti tempat letak kereta, kedai runcit, tandas, gerai-gerai jualan terdapat disekitar kawasan jeti ini. Kebanyakan jeti adalah di buat secara individu oleh operator-operator chalet dan resort ataupun oleh pengusaha bot pelancongan. Boleh dikatakan jeti-jeti masih bersifat tradisional dengan menggunakan batang nibung dan papan.

Suasana di kawasan jeti ini akan mulai sibuk pada setiap hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Jika anda ingin membeli cederamata untuk di bawa pulang, terdapat banyak gerai jualan yang boleh menjadi pilihan anda. Sambil bercuti sambil anda berbelanja.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *