x_DOM5924

Safari Gajah Liar, Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang kaya dengan khazanah flora dan faunanya sememangnya sudah di ketahui umum. Namun masih ramai yang belum tahu tentang kewujudan “Kenyir Safari” yang di huni oleh raja rimba iaitu Gajah. Di kawasan Sungai Tembat dan sekitarnya adalah merupakan kawasan habitat semulajadi gajah liar yang anda boleh lihat dengan jarak yang agak dekat tanpa sebarang perasaan takut. Kebiasaanya terdapat beberapa ekor gajah liar sentiasa bermain di pinggir tebing sungai pada setiap hari. Mereka juga memakan rumput dan meminum air di tebing sungai berhampiran dan menjadi penghuni tetap disitu.

Jika bernasib baik anda akan bertemu dengan sekawan gajah yang kadangkala melebehi 20 ekor. Menurut pekerja-pekerja chalet berhampiran, kebiasaanya setiap bulan kawanan gajah akan datang pada masa yang sama seperti bulan sebelumnya di mana rumput-rumput dan tumbuhan yang mereka makan pada bulan lepas sudah kembali panjang dan tumbuh. Selepas beberapa hari di kawasan ini mereka akan berjalan ke kawasan lain menurut laluan yang biasa mereka gunakan.

Sudah banyak kali saya ke sini dan selalunya tidak menghampakan untuk melihat kawanan gajah liar ini, biarpun kurang daripada 50km dari kawasan ini terletak santuari gajah namun kepuasan melihat dan merakam gambar akan lebih dinikmati melalui habitat asal mereka. Dari apa yang saya tahu, terdapat juga pelancong daripada Taman Negara Kuala Koh, Kelantan yang di bawa ke Sungai Tembat, Tasik Kenyir ini bagi mereka melihat raja rimba ini dengan lebih dekat. Oleh kerana jarak antara Kuala Koh dan Sungai Tembat sekitar 45minit sahaja menjadikan kawasan ini sebagai pilihan bagi melihat gajah didalam habitat semulajadi mereka kerana agak sukar untuk melihat situasi sebegini di Taman Negara Kuala Koh.

Jadi bagi anda yang ingin melawat ke kawasan ini, Anda boleh memandu melalui jalan Pengkalan Gawi – Gua Musang di mana jarak dari Pengkalan Gawi sekitar 24 km. Anda boleh terus menuju ke Kelah Rakit Resort dan mendapatkan perkhidmatan bot untuk pergi melihat gajah-gajah terbabit.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *