Kerepok Lekor

Post

Keropok Lekor Terengganu sentiasa mendapat tempat di hati pelancong yang berkesempatan untuk menjamah keenakan makanan tersebut. Malah, keropok lekor antara daya penarik utama kedatangan para pelancong ke negeri ini. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa kunjungan anda tidak mungkin akan lengkap tanpa menjamah makanan yang diperbuat daripada isi ikan itu. Syurga bagi mendapatkan keropok lekor ialah di kawasan Losong,sebuah kawasan pinggir bandar Kuala Terengganu. Kawasan Losong meniti dari bibir ke bibir kerana aktiviti penghasilan dan penjualan keropok lekor yang produktif. Tidak hairanlah kawasan tersebut menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan pada setiap hujung minggu mahupun musim cuti sekolah. Kampung Losong ini telah di beri nama jolokan sebagai perkampungan kerepok lekor.

Amnya, makanan yang diperbuat dari isi ikan, tepung dan kanji itu akan diuli dan dibentuk menjadi saiz yang dikehendaki. Biasanya, keropok lekor yang dihasilkan dan dijual di kawasan Losong bersaiz lebih kecil, namun sekiranya anda menginginkan keropok lekor bersaiz sedikit besar, permintaan anda tidak akan di hampakan. Keropok lekor yang siap diuli, akan direbus sehingga masak. Peluang dan kesempatan ketika berada di negeri ini sewajarnya digunakan seoptimum yang mungkin dengan meluangkan sedikit masa melihat sendiri proses pembuatan keropok lekor di kawasan Losong.

Pelanggan mempunyai pilihan sama ada mahukan keropok lekor yang hanya direbus masak atau yang siap digoreng. Kebanyakkan pelancong ragu-ragu untuk menikmati keropok lekor yang belum digoreng, namun untuk diet yang sihat, keropok lekor yang belum digoreng mempunyai paras kolestrol yang rendah di samping rasanya yang lebih enak. Namun, keropok lekor rebus dan separa goreng tetap menjadi pilihan kerana ia lebih tahan lama dan susah untuk rosak. Apatah lagi jika ia dibeli untuk satu perjalanan yang jauh. Menikmati keropok lekor yang masih panas lebih menyelerakan. Makanan ini boleh didapati di hampir seluruh negeri, dari Kemaman hinggalah ke Besut.



Related Posts with Thumbnails

  1. fidra07-30-10

    my kid around 1yrs old love keropok lekor very much!… because he’s terengganurian… ;)

  2. 1malaysia08-17-10

    mmg sedap pee…

    • TERENGGANU TOP!!!03-20-12

      WAHHH!!!! memng slera…cayalah ganu

  3. HiLMi~GaNu06-14-12

    erm….sdp nyer….!!!

  4. SYIDA04-22-13

    cool ..!so delicious ..i like it

  5. Fakhrul10-01-13

    Welcome to malaysian,this is one of famous snack in malaysia.
    http://www.virtualmalaysia.com/terengganu-satisfy-keropok-lekor-making/

Leave a Reply