DSC_1150

Ketupat Sotong

Ini antara makanan wajib yang anda perlu cuba bila sampai ke Terenggganu terutamanya ketika musim mencandat sotong di mana harga sotong lebih murah dan ketupat sotong mudah didapati.Di sini saya sertakan cara menyediakan ketupat sotong bagi mereka yang ingin mencuba resepi makanan tradisional Terengganu ini.

Bahan-Bahan:
1kg Sotong sederhana besar
250gram beras pulut
santan
seinci halia dipotong halus
5 ulas bawang merah dipotong halus
sesudu kecil halba
garam
lidi dipotong kecil

Cara:
1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk.
2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong.
3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala.
4. angkat apabila sotong telah masak.

Cadangan Hidangan:
di makan begitu sahaja @ bersama nasi putih
Tambahan:
1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir.
2. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

Kredit resepi untuk Tini,

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. sydeen - 7 years ago

    banyok lg boh… ganu kiter mmg kaya dgn masakan tradisional. MMg best sbb mmg lama dah aku x dpt makan semua ni. Nasib perantau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *