xDSC_0610

Kota Lama Duyung

Jika anda berminat dengan sejarah atau tempat-tempat bersejarah, Kota Lama Duyung adalah salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi apabila berada di Kuala Terengganu.  Terletak di Pulau Duyung Kecil iaitu sekitar 7km dari bandar Kuala Terengganu. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah resort terkenal iaitu Ri-yaz Heritage yang mana ianya juga berhampiran dengan lokasi Piala Monsun.

Dibina oleh seorang pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Biji Sura. Dipercayai ini adalah satu-satunya rumah di daerah dibina dengan batu bata. Rumah ini dikelilingi oleh tembok batu disekelilingnya dan oleh sebab itu ianya dikenali sebagai Kota Lama. Bangunan ini mencerminkan kesan-kesan pengaruh islam dalam senibina Melayu Terengganu sekitara tahun 1920.

Anda boleh berkunjung kesini setiap hari kecuali pada hari jumaat dari jam 8pagi hinggi 6petang. Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan dan tempat ini diselia oleh jabatan muzium negeri  Terengganu. Terdapat dua aras utama yang menempatkan beberapa bilik tidur, ruang tamu, galeri pemeran serta dapur. Oleh kerana tiada sebarang kipas atau penghawa dingin dipasang didalam bangunan ini, anda akan merasa sedikit kehangatan apabila berapa agak lama di dalamnya, mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh membaiki keadaan ini untuk keselesaan pelawat. Di sebelah luar kota masih lagi terdapat telaga lama yang sudah tidak digunakan lagi.

Disamping menikmati keindahan pantai-pantai di Terengganu, jangan lupa merancang ke Kota Lama Duyung untuk melihat kesan sejarah yang ada disini.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. Wan Nisa - 9 months ago

    Apakah bangunan bersejarah di kota lama duyung ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *