DSC_1179

Laksa Terengganu

Laksa boleh dikatakan makanan yang mudah di dapati di Terengganu samaada di pasar atau di kedai-kedai makan terutamanya pada sebelah pagi kerana ianya adalah salah satu sarapan pagi kegemaran kebanyakan penduduk negeri ini.Keistimewaan laksa Terengganu terletak pada kuahnya yang banyak menggunakan isi ikan dan di makan bersama ulam-ulaman serta sambal yang biasanya mengandungi belacan.Jadi jika anda seorang yang alah kepada belacan oleh sebab kesihatan ketika memesan atau membeli laksa di kedai pastikan anda memberitahu mereka supaya tidak meletakkan sambal untuk hidangan anda.

Bagi mereka yang gemar memasak,boleh mencuba resepi di bawah ini :


Bahan-Bahan:
Laksa putih/mi lidi (sukatan ikut keperluan)

Bahan untuk kuah:

Ikan (direbus)
Santan
Limau nipis
Asam keping
Daun kesom
Garam secukup rasa

 

Bahan untuk ulam:

Kacang panjang
Timun batang
Kubis
Bunga kantan
Pegaga (jika suka)
Semua ulam diatas di hiris halus

 

Cara:
Panaskan santan, masukkan ikan rebus yg telas direlaikan isinya, masukkan garam secukup rasa, masukkan asam keping & daun kesom, akhir sekali perah asam limau, celur mi.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mi kedalam pinggan dan hidang bersama kuah, sedikit belacan dan cili kisar
Tambahan:
Kuah boleh dimakan tanpa masak atau masak untuk tahan lama, bagi yg suka pekat banyakkan ikan.


Kredit untuk fazarina

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *