Laksam Terengganu

Post
Seperti juga Laksa, Laksam merupakan makanan harian masyarakat Terengganu terutamanya pada sebelah pagi atau petang.Adunan Laksam di buat daripada tepung beras dan di makan bersama kuah,sambal dan ulam-ulaman seperti taugeh,kacang panjang,daun kesum dan timun batang.Keenakan Laksam Terengganu juga terletak pada kelazatan kuah yang di perbuat daripada isi ikan selayang ataupun kembung.Mudah di dapati di warung-warung di seluruh negeri Terengganu.Jangan lupa mencuba keenakan makanan tradisional ini bila berkunjung ke Terengganu.
Bagi mereka yang gemar memasak,apa kata anda mencuba resepi Laksam di bawah ini:
Bahan untuk kuah:

4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut diambil santannya
2 keping asam gelugur
sedikit garam

Cara membuat kuah:

Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang secukupnya dimayang
Timun dimayang
Daun selasih/kemangi dimayang

Kredit resepi : Kak Nora



Related Posts with Thumbnails

  1. hani12-25-12

    cara2 buat tepung tu tak ada ka?

Leave a Reply