Lata Belatan

Post

Hutan dan air terjun merupakan keindahan semulajadi dan memberi kita ketenangan. Terletak didalam daerah Besut di hutan Simpan Gunung Tebu yang mana lokasi Lata Belantan ini sendiri menjadi tapak atau ‘base camp’ bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti pendakian. Air terjun dan sungai yang mengalir di lata ini begitu sejuk dan setiap hujung minggu menjadi daya tarikan penduduk tempatan mahupun pelancong luar yang ingin sama-sama menikmati keindahan alam semulajadi di sini.

Lokasi Lata Belatan ini terletak kira-kira 118 kilometer dari Kuala Terengganu dan kira-kira 24 kilometer daripada bandar Jertih. Terdapat pelbagai kemudahan awam di sediakan di sini seperti tandas awam,tempat letak kenderaan,tempat Bbq dan pelbagai lagi. Jika anda terlupa membeli atau membawa makanan dan minuman, terdapat kedai-kedai yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman untuk dibeli.

Di bahagian bawah air terjun ini terdapat satu sungai yang jernih tanpa batu-batuan dan jika anda membawa anak-anak yang masih kecil adalah selamat untuk mereka bermain-main dan bermandi-manda di kawasan ini berbanding jika anda ke kawasan lebih atas yang dipenuhi oleh batu-batu dan air yang deras. Keselamatan perlu di ambil berat disamping kita bercuti dan berlibur.

Bagi mereka yang ingin berkemah, pihak jabatan hutan negeri Terengganu mengenakan cas sebanyak RM2.00 setiap orang dan bagi mereka yang ingin mendaki gunung tebu cas sebanyak Rm5.00 dikenakan bagi setiap orang. Terdapat juga chalet berhampiran air terjun ini di sediakan bagi mereka yang ingin bermalam dengan kadar bayaran yang berpatutan. Anda boleh menghubungi encik Abdul Aziz Bin Jusoh di talian 012-9578075 bagi mendapatkan maklumat lanjut.



Related Posts with Thumbnails

  1. ryan06-17-11

    dear admin,buat laa post ttg tasik paya yg dekat ngan TER,masjid terapung tuh..sy rasa kawasan tu strategik utk dikomersialkn sbg kawasan riadah yg bleh menyegarkan mata..huhu

  2. nurainfazlina06-09-12

    selain bola sepak terengganu juga ada byk tempat menarik wow alangkah indahnya terengganu

Leave a Reply