xDSC_3044

Lata Tembakah

Lata Tembakah sudah tidak asing lagi sebagai tempat berlibur bagi penduduk tempatan malahan daripada Kelantan pada hari minggu. Air terjun yang terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan kampung Jabi, Jertih kira-kira 24 km daripada bandar Jertih dan 130 km dari Kuala  Terengganu. Lata Tembakah ini mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak kolam-kolam takungan untuk kita bermandi-manda. Bagi saya terjunan airnya pada tingkat keempat adalah yang paling cantik dan begitu indah untuk di abadikan didalam kamera anda yang mana ketinggiannya di anggarkan sekitar 50 meter dan berpecah pada tiga formasi terjunan sebelum jatuh ke kolam takungan. Untuk sampai ke tingkat keempat anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit.

Bagi yang membawa keluarga terutamanya anak kecil, kolam-kolam takungan di tingkat satu dan dua selalu menjadi pilihan kerana ianya lebih besar dan tidak perlu berjalan agak jauh yang tentu memenatkan. Saban minggu terutamanya pada musim cuti sekolah Lata Tembakah tidak sunyi dari pelbagai aktiviti terutamanya daripada badan-badan berunifom seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan pelbagai lagi untuk tujuan perkhemahan dan juga motivasi.

Bagi mereka yang memandu dari Kelantan ke Kuala Terengganu jangan lupa untuk merancang percutian anda dan keluarga di air terjun ini. Nikmati alam semulajadi yang indah dan air terjunnya yang sejuk dan menyegarkan.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *