DSC_1205

Lompat Tikam

Makanan yang agak popular di  Terengganu dan Kelantan, di perbuat daripada tepung beras,tepung jagung dan santan.Mempunyai dua lapisan yakni lapisan atas yang di perbuat daripada santan dan lapisan bawah diperbuat daripada tepung beras.Di makan bersama air manisan.Mudah di dapati di pasar,warung-warung dan pasar malam.Kuih ini menjadi semakin popular ketika bulan ramadhan dan biasanya terdapat dijual di kebanyakan bazar-bazar ramadhan seluruh negeri.Oleh kerana rasanya kuahnya agak manis jadi kuih ini sesuai di makan bersama air batu kosong atau ais kosong.

Bagi yang gemar memasak apa kata anda mencuba resepi lompat tikam di bawah untuk di makan bersama keluarga.

Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.

Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan

1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

Kredit resepi : Hani

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *