xDSC_1122

Manisan Terengganu

Manisan Terengganu sudah tidak asing bagi rakyat negeri ini yang memanggilnya sebagai nis`san atau nis`san kerek. Kerek merujuk kepada bekas manisan tersebut. Kegunaan manisan ini adalah sama dengan Gula Melaka, berbeza ketara antara kedua-duanya adalah bentuk serta saiz. Manisan Terengganu berbentuk kepingan bulat manakala Gula Melaka didalam bentuk silender. Bahan asas membuatnya adalah air nira atau air tuak.

Di Terengganu, Perusahaan membuat manisan ini banyak terdapat di kampung Batangan yang terletak didalam daerah Marang. Kebanyakan proses membuatnya adalah masih bersifat tradisional dan diusahakan secara berkeluarga. Beberapa perusahaan manisan di kampung ini mendapat sokongan daripada Yayasan Pembangunan Ushawan Terengganu yang banyak membantu mereka yang berminat didalam Industri Kecil dan Sederhana. Setiap keluarga biasanya mempunyai seorang penyadat atau mereka yang arif dalam soal memanjat pokok kelapa bagi menghasilkan air tuak.

Proses membuat manisan ini sememangnya memakan masa dan perlukan kesabaran. Kebiasaannya terdapat dua jenis manisan di hasilkan iaitu manisan gula dan manisan asli. Manisan gula mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi dan manakala manisan asli mempunyai kandungan air tuak sehingga 90 peratus dan 10 peratus campuran gula. Air tuak yang siap di masak akan di tuang terus kedalam bekas yang di perbuat daripada mengkuang dari spesis jakas. Sementara menunggu air tuak masak sepenuhnya, kaum wanita akan membuat acuan manisan ini sebagai persediaan awal untuk menghasilkan manisan.

Manisan akan dibiarkan sejuk dan mengeras sebelum di simpan dan di jual kepada peniaga-peniaga ataupun penduduk kampung. Jika anda berkunjung ke Pasar Payang pasti anda akan temui manisan ini banyak dijual di sekitar aras bawah. Permintaan manisan akan meningkat ketika musim bulan puasa kerana ianya banyak digunapakai dalam menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional seperti lompat tikam, ondeh-ondeh dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk membeli atau melihat proses membuat manisan tersebut boleh hubungi ;

NOR MAZURANI BINTI MAMAT
B123 Kampung Batangan
21600 Marang, Terengganu
H/p : 014-8012852
Tel : 09-6186496

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *