x_DOM1881

Masjid Kristal

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter  persegi. Selain menjadi persinggahan pelancong yang beragama Islam untuk beribadat ianya juga menjadi daya penarik pelbagai pihak kerana struktur binaannya yang unik.

Pada setiap hari minggu atau musim cuti persekolahan, Masjid Kristal telah menjadi satu destinasi wajib untuk di kunjungi. Walaupun terletak didalam kawasan Taman Tamadun Islam, untuk memasuki kawasan masjid ini adalah percuma berbanding jika pelancong ingin masuk ke kawasan taman tema yang dikenakan bayaran.

Suasana petang di sekitar masjid ini lebih cantik jika anda seorang yang berminat dengan fotografi. Pelbagai sudat dan panorama boleh di rakam oleh anda. Jangan lepaskan peluang menikmati suasana matahari terbenam disini dan suasana malamnya apabila lampu-lampu masjid dipasang. Pasti anda akan teruja melihat kecantikannya.

Related Posts with Thumbnails

14 Comments

  1. Fatimatuz Zahrah - 4 years ago

    Assalamualaikum.. cantik nyer masjid ni kan ? dibuat dari kristal pulak tuwh <3 Islam

  2. yana - 4 years ago

    dari jauh melihat masjid kristal terasa membuak2 hati untuk melihat dgn lebih dekat..memang cantik..cuma saya ingin memberi sedikit nasihat supaya kebersihan di tempat ini perlu dijaga dengan sebaik mgkin..baru2 ni saya ada menumpang solat di sana ..kelihatan pelancong asing juga tak kurang minatnya nk masuk dalam masjid untuk melihat keindahan masjid ini tapi dilihat struktur pembinaannya disebelah dalam agak mengecewakan juga..sebabnya terdapat hakisan cat, keretakan dan sebagainya..harap kerajaan trengganu ambil perhatian ….semoga dgn teguran ini akan mendapat impak yg positif kepada pihak yg berkenaan.

  3. rafini - 3 years ago

    assalamualaikum..
    saya seorang guru dan akan melawat TTI pada pertengahan bulan 9 nanti seramai 2 buah bas ( murid dan guru )
    soalan saya..adakah saya perlu membuat tempahan tiket untuk masuk…terlebih awal

  4. zalina sumari - 3 years ago

    cantik masjid itu anak saya sedang membuat buku skrap tentang masjid

  5. mariah md mawi - 3 years ago

    saya berminat untuk mengadakan lawatan pelajar sekolah ke tti. dengan siapa saya boleh berhubung? no tel? tk

  6. mystery - 3 years ago

    cantik indah dan berkilau

  7. ridzwan - 2 years ago

    cantiknya masjid kristal lagi2 pada waktu malam

  8. keindahan masjid kristal amat mengagumkan sekali…dari jauh kelihatan bersinar-sinar.ini pun saye nak buat buku skrap masjid-masjid terkenal di malaysia

  9. keindahan masjid kristal amat mengagumkan sekali…dari jauh kelihatan bersinar-sinar.ini pun saye nak buat buku skrap masjid-masjid terkenal di malaysia.

  10. zakiah - 2 years ago

    mesti pergi ni…actually minggu ni nak jalan ganu.

  11. wan nisa - 6 months ago

    Apakah latar belakang masjid kristal ????

  12. afira - 5 months ago

    masjid ni bukak 24 jam ke?

  13. insyirah - 4 months ago

    Salam, klau nk bt akad nikah di masjid kristal mcmane prosedur nye ye…bleh bg num hp tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *