DSC_6604

Masjid Putih

Masjid Putih atau juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar merupakan salah satu masjid yang unik dan berusia sekitar lebih 200 tahun yang di bina oleh Sultan Zainal Abidin II. Pada asalnya masjid ini dibina tanpa sebarang penggunaan tiang dan kemudian telah di ubahsuai dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ini masjid ini telah mengalami pelbagai penambahbaikan dan pembesaran dari segi struktur binaan untuk menampung jemaah sekitar bandar Kuala Terengganu terutatamanya untuk solat jumaat.

Dengan kemudahan dewan solat yang lebih besar, tempat wuduk dan tandas yang lebih selesa  menjadikan masjid ini pilihan utama penganut agama islam di sekitar bandar Kuala Terengganu mahupun para pelancong yang datang ke Terengganu untuk bersolat, dengan lokasinya berhampiran Terminal Bas utama, Pasar Payang, Istana Maziah dan Taman Shahbandar menjadikannya mudah untuk di kunjungi. Jadi jangan lupa jika anda ke Terengganu, datanglah berkunjung ke masjid ini disamping menunaikan solat anda boleh lihat keunikan senibina yang ada pada masjid ini yang mana di persekitaran masjid anda akan dapat melihat makam-makam diraja kesultanan Terengganu.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. Baderul - 6 years ago

    Saya mencadangkan pihak yg bertanggung jawab supaya membersihkan tanda tanda hitam (kulat) yg terdapat dibahagian depan ruang utama sembahyang Masjid Putih. Kelihatannya kotor dan dan tidak menarik. Saya perhatikan sudah lama terbiar begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *