Masjid Terapung

Post

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih di kenali sebagai Masjid Terapung adalah merupakan salah satu ikon pelancongan di Terengganu. Di samping fungsinya sebagai tempat ibadat ianya juga menjadi daya tarikan masyarakat setempat dan para pelancong untuk berkunjung ke sini bagi melihat keunikan masjid ini terutamanya ketika suasana air pasang di mana ianya kelihatan terapung-apung dengan di kelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Jadi fenomena pasang surut air laut akan mempengaruhi persekitaran masjid ini secara amnya.

Terdapat kemudahan gerai jualan dan makanan berhampiran masjid bagi kemudahan para pelawat.Saban minggu akan kelihatan terutamanya pada hari sabtu dan ahad terdapat banyak bas-bas pelancong singgah di masjid ini, di samping para pelancong dapat  menunaikan solat mereka  juga dapat beristirehat sambil menghirup angin segar dari laut Cina Selatan.

Masjid ini juga selalu menjadi tumpuan bagi upacara perkahwinan dan sessi fotografi.Masa yang paling bagus untuk anda ke sini adalah pada waktu petang kerana anda akan dapat melihat suasana matahari terbenam dari arah belakang masjid yang begitu indah tambahan pula dengan refleksi pada permukaan air yang boleh anda abadikan didalam lensa kamera anda sebagai salah kenangan anda di Terengganu.

Untuk maklumat lanjut tentang masjid ini boleh layari : http://tourism.terengganu.gov.my/landmarks/masjid_terapung.htm



Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply