xDSC_6387

Pantai Air Tawar

Daerah Besut yang menjadi sempadan antara negeri Terengganu dan Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau tetapi juga pantai-pantainya yang menjadi salah satu sumber tarikan pelancongan di daerah ini. Pantai Air Tawar yang terletak kira-kira 4km dari Kuala Besut dan 3km daripada Bukit Keluang merupakan salah satu pantai yang kerap di kunjungi oleh penduduk tempatan mahupun para pelancong. Daripada pantai ini jelas kelihatan Pulau Perhentian yang merupakan salah satu pulau yang tidak asing lagi dalam peta pelancongan Terengganu.

Di pantai ini kemudahan seperti tandas, kerusi, wakaf, gerai-gerai jualan dan taman permainan kanak-kanak tersedia untuk para pelawat. Setiap hujung minggu aktiviti perkelahan dan mandi-manda kerap diadakan di pantai ini. Pesta Kebudayaan dan Kesenian akan diadakan pada setiap tahun dipantai ini bagi menarik lebih ramai pelancong.

Bagi mereka yang ingin bermalam, terdapat beberapa chalet dan homestay sekitar pantai ini dengan harga yang berpatutan, antaranya adalah MNI Homestay yang mana anda boleh hubungi Pn. Wan Maziah di talian 013 9232625 atau 609 6668890 untuk tempahan. Mungkin anda boleh berehat sementara disini bersama keluarga dan menikmati angin laut China Selatan di pantai ini.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. ain budak besut - 2 years ago

    pengalaman ku berada di besut sangat memuaskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *