xDSC_2238

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk sudah begitu popular sejak sekian lama, kedudukannya tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu menjadikan ianya mudah untuk di kunjungi oleh para pelancong. Dengan deretan pohon-pohon rhu dan tiupan sejuk segar angin Laut China Selatan menjadikan pantai ini sebagai lokasi pilihan untuk beristirehat ataupun berkelah.

Pada setiap hujung minggu pantai ini akan mulai dipenuhi oleh orang ramai baik penduduk tempatan mahupun pelancong. Gerai-gerai makan berdekatan tersedia untuk anda menjamu selera. Penjual layang-layang kelihatan sibuk melayan telatah pelanggan. Anak-anak kecil bermain-main di gigi air. Oleh kerana struktur pantainya yang agak merbahaya makan para pelawat tidak dibenarkan mandi dipantai ini. Namun begitu ia tidak menghalang orang ramai untuk menikmati keindahan pantai dan panorama sekitarnya walaupun tanpa aktiviti mandi manda. Jika anda gemar berkuda, terdapat perkhidmatan menunggang kuda untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Sememangnya Pantai Batu Buruk sentiasa menjadi tumpuan ramai. Kunjungan anda ke Terengganu tidak akan lengkap tanpa singgah di pantai ini.

Related Posts with Thumbnails

3 Comments

  1. sunny - 5 years ago

    wow!!!!so amazing !!!

  2. iffah zakirah - 3 years ago

    Nak belajar menunggang kuda boleh ke??

  3. sha - 2 years ago

    cantik.. dari gambar pun dah indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *