DSC_6539

Pantai Batu Pelanduk

Jika anda melewati jalan didaerah Dungun menuju ke Kuala Terengganu atau ke Kuantan dan Kuala Lumpur, Pantai Batu Pelanduk adalah destinasi persinggahan yang perlu anda lawati, tidak kira untuk berhenti seketika menghilangkan penat memandu atau berhenti menikmati keunikan pantai ini sambil mengambil gambar bersama keluarga. Terletak kira-kira 10 km dari bandar Dungun dan kira-kira beberapa kilomoter dari Rantau Abang. Setiap hari minggu pantai ini menjadi salah satu destinasi untuk berkelah. Dengan gabungan keputihan pasir pantainya serta keunikan struktur batuan di tepi pantai dan juga lambaian pohon kelapa dan rhu mengamit kenangan sesiapa yang pernah singgah disini.

Ditepi pantai anda boleh mengutip cengkerang siput laut yang banyak sebagai kenangan dari pantai ini kerana saban hari cengkerang-cengkerang itu di bawa oleh arus dan ombak ke pantai. Apa yang saya suka lagi tentang pantai ini adalah kita dapat memanjat batuan yang ada disitu dan menikmati panorama sepanjang pantai dengan lebih bebas dan luas. Akan tetapi pastikan anda berhati-hati ketika memanjat kerana di khuatiri kecuaian anda akan membawa kepada kecelakaan.

Bagi mereka dari luar Terengganu, terutamanya kanak-kanak, sudah tentu mereka akan merasa gembira apabila mereka dapat bebas berlari dan bermain pasir di pantai yang cukup bersih ini. Jadi jika anda memandu dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, sediakan bekalan makanan dan minuman untuk singgah menikmati landskap pantai yang indah di Pantai Batu Pelanduk.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. ZULAMRI ZULAMRI - 3 years ago

    Pantai ni blh berenang tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *