DSC_6489

Pantai Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang merupakan satu pantai yang unik kerana terdapat struktur batuan ditepi pantai dan membentuk gua-gua kecil. Pantai ini dahulunya terkenal dengan kisah tempat persembunyian lanun-lanun, namun kini ianya tetap kekal dengan keunikannya tersendiri. Terletak hanya beberapa kilometer dari Kuala Besut dan kira-kira 3km daripada Pantai Air Tawar. Ianya sesuai untuk sebarang aktiviti bersama keluarga dan turut menjadi pilihan badan-badan pertubuhan seperti pengangkap, bulan sabit dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti mereka.

Anda boleh menjelajah setiap pantai yang ada disini melalui pelantar pejalan kaki yang disediakan, Jangan lupa untuk masuk berjalan kedalam gua-gua yang ada dan menikmati keindahan semulajadinya. Abadikan kedatangan dipantai ini menerusi lensa kamera anda bersama keluarga atau teman-teman. Jika anda berhajat ingin bermalam, terdapat resort berhampiran pantai ini yang boleh anda tempah. Sila layari www.bkbr.com.my untuk maklumat lanjut.

Related Posts with Thumbnails

2 Comments

  1. Shamsudin Latif - 4 years ago

    Banyak kenangan lama berlabuh disini semasa di era persekolahan ’70 an dulu, berkelah dgn kwn-kwn dihujung minggu, perkhemahan tahunan pasukan seragam sekolah sekolah negeri Terenganu dan lain-lain lagi. Yang paling menyayat hati ialah pendaratan pelarian Vietnam dari Kapal Hai Hong, Kapal Perang Amerika dan bot-bot nelayan juga digunakan sarat dgn manusia. Mereka mahu naik kedarat untuk mendapatkan air minuman tetapi tidak dibenarkan naik oleh tentera yg berkawal pada mulanya. Mereka kemudian menceduk air laut dan diberi minum kpd anak-anak mereka. Itulah setiap kali pulang bercuti ke Kampung menjelang Hari Raya, pantai ini tetap menjadi destinasi wajib membawa anak-anak mandi manda dan menceritakan memori silam, bertemu teman-teman lama persekolahan berkongsi kenangan manis di masa lalu walaupun kini ku menetap di KL. Kalaulah masa boleh diundurkan semula, oh menitis air mataku bila mengimbau kembali indahnya semua itu…..

  2. nisa mat ali - 3 years ago

    kalau nak buat aktiviti selama satu hari macam mana nak dapatkan info lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *