xDSC_3691

Pantai Kelulut

Merentasi jalan pantai melalui Kuantan ke Kuala Terengganu pastikan anda singgah seketika berehat atau minum di Pantai Kelulut apabila masuk kedalam daerah Marang. Lokasi pantai ini kira-kira 21km daripada bandar Kuala Terengganu. Terdapat banyak gerai-gerai makan sekitar pantai ini dan juga gerai-gerai jualan kerepok serta hasilan laut. Tidak lupa juga jualan air nira atau tuak yang sudah sinonim dengan kawasan ini di mana air tuak di proses daripada pokok kelapa ataupun pokok nipah.

Terdapat kemudahan wakaf untuk berehat di sekitar pantai ini yang di penuhi oleh pokok-pokok kelapa dan anda dapat menikmati pemandangan laut China Selatan yang di sulami dengan Pulau Kapas tidak jauh dari situ. Pantai ini selalu menjadi pilihan pelancong dari luar Terengganu untuk berhenti rehat dari memandu kerana pelbagai kemudahan yang terdapat disini termasuk tandas dan surau. Anda juga boleh menikmati makanan tradisional Terengganu disini seperti Satar dan Kerepok Lekor. Berkejaran sambil bermain ombak dipantai ini sudah tentu akan memberi nostalgia indah apabila anda berada di bumi Terengganu.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *