DSC_0415

Pantai Kemasik

Jika anda seorang peminat photography, pantai Kemasik adalah satu tempat wajib bagi anda untuk kunjungi jika datang ke Terengganu.Terletak sekitar 10 kilometer daripada bandar Kijal, pantai ini boleh di kunjungi terus menggunakan kenderaan.Terdapat kemudahan meletak kereta, gerai jualan serta tandas awam. Dengan keunikan bongkah-bongkah batu kelihatan seperti bukit-bukit kecil ditepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan.Jika berani anda boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk kita melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah ‘bukit batu’.

Anda boleh memanjat batu besar disitu bagi melihat panorama pantai Kemasik dari sudut yang berbeza tetapi di nasihatkan supaya berhati-hati dan memakai pakaian dan kasut yang sesuai.Berhampiran pantai juga terdapat perkampungan nelayan.Sekitar jam 10 hingga 1 tengahhari kita akan dapat melihat para nelayan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil yang meraka bawa pulang di jual beli secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan.

Pantai ini juga menjadi tumpuan photographer untuk merakam suasana matahari terbit di samping merakam panorama serta aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya menjanjikan satu kepuasan bagi anda.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *