x_DOM7666

Pantai Mangkok

Jika anda sampai ke Pantai Penarik, Jangan lupa untuk berkunjung ke Pantai Mangkok. Anda hanya perlu mengikuti jalan dari Pantai Penarik dan terus ke Kampung Penarik Baru kemudian akan bertemu dengan Pantai Mangkok. Di penghujung jalan berturap anda akan sampai bertemu dengan satu resort yang masih lagi dalam pembinaan berkonsepkan rumah tradisional Terengganu bernama Terrapuri. Selepas daripada itu anda akan bertemu dengan kebun kelapa yang sangat luas. Kebiasaannya penduduk tempatan akan datang berkelah di pantai berhampiran kebun kelapa ini pada setiap hari minggu. Kawasan pantai dan kebun kelapa ini juga telah menjadi salah satu tempat pengambaran filem epik terbitan KRU iaitu Merong Mahawangsa baru-baru ini.

Pada musim-musim tertentu, kita boleh lihat ramai penduduk kampung membanjiri sepanjang pantai ini bagi mengutip remis iaitu sejenis hidupan laut yang sangat enak. Bagi mereka yang minat memancing, sungai berhampiran selalu menjadi tumpuan kaki pancing. Jangan lupa untuk menikmati suasana matahari terbit dan terbenam disini. Ini adalah antara keunikan pantai Mangkok yang jarang di ketahui ramai. Bila anda merancang bercuti ke Terengganu pastikan Pantai Mangkok disenaraikan didalam tempat yang perlu anda lawati di Terengganu. Nikmati keindahan pantainya bersama lambaian daun-daun kelapa. Anda pasti akan merasakan ketenangan bila berada disini.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *