xDSC_5718

Pantai Merang

Tidak jauh dari Jeti Merang yang menjadi transit bagi para pelancong ke pulau-pulau berhampiran seperti Redang, Lang Tengah dan Bidong terletak pantai yang tidak kurang cantiknya dengan pantai-pantai lain di Terengganu. Pantai ini amat popular bagi kaki pancing dan juga menjadi lokasi perkelahan dan permainan kanak-kanak setempat. Salah satu keistimewaan pantai ini adalah terdapatnya satu lagon yang memisahkan antara daratan dan laut serta terhampar deretan benteng pemecah ombak tidak jauh dari situ. Pantai ini juga sering dijadikan sumber mencari rezeki seperti menjala oleh penduduk kampung berhampiran.

Tidak jauh dari pantai ini terletak sebuah taman rekreasi yang menawarkan kemudahan seperti tapak perkhemahan, tempat seminar, tandas awam, tempat letak kereta, dewan serbaguna, surau dan pelbagai lagi. Anda boleh menginap disini dengan kadar sewaan serendah RM40.00 semalam. Untuk tempahan anda boleh hubungi pihak pengurusan taman di talian 019-9136634. Selamat bercuti dan menikmati suasana keindahan pantai Merang.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *