xDSC_3336

Pantai Penarik

Pantai penarik antara pantai yang sudah tidak asing lagi di Terengganu untuk berkelah dan bersantai-santai. Bagi mereka yang menggunakan jalan pantai untuk ke Kota Bharu atau dari Kota Bharu ke Kuala  Terengganu, pantai ini merupakan salah satu tanda permulaan jalan pantai dalam daerah Setiu. Deretan bot-bot nelayan banyak menghiasi pantai ini, menangkap ikan merupakan antara tukang belakang punca ekonomi penduduk kampung disini.

Jika anda sampai di pantai ini sekitar jam 10 pagi hingga 1 tengahhari anda pasti dapat melihat satu demi satu bot pulang membawa hasil tangkapan. Bagi mereka yang berminat dengan fotografi inilah masa yang sesuai untuk anda merakam cara hidup nelayan di pantai ini menerusi lensa kamera anda.

Terdapat kemudahan tandas dan kedai makan serta wakaf dan kerusi untuk para pelawat berehat. Bagi yang beragama islam, masjid penarik berdekatan dengan pantai ini dan memudahkan anda berhenti untuk menunaikan kewajipan. Jika anda ingin bermalam terdapat satu chalet disini yang menawarkan harga yang berpatutan iaitu Penarik Inn yang telah beroperasi sejak tahun 1992. Selamat menikmati keindahan di pantai ini.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. alia iman - 5 years ago

    pantai terengganu mmg best 2! der jom la gi pantai terengganu
    jom kita gi ramai _2 !terengganu @ com.my.
    jom kita BOH …….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *