xDSC_5817

Pantai Rhu 10

Jika anda memandu dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu atau sebaliknya melalui jalan pantai, memasuki daerah Setiu anda akan bertemu dengan jaluran pantai yang seolah tiada penghujung di sepanjang perjalanan. Salah satu destinasi yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja yang melewati jalan ini adalah Pantai Rhu 10 yang terletak bersebelahan Pantai Penarik.

Di sepanjang jalan pantai ini akan akan temui banyak gerai-gerai menjual hasil laut dan yang paling terkenal adalah gerai-gerai yang menjual ikan goreng bersalut tepung, bukan sahaja ikan, malahan sotong, udang, ketam dan kerepok yang di goreng bersalut tepung juga terdapat di sini dengan harga yang berpatutan. Oleh kerana penduduk sekitar perkampungan ini dalah nelayan maka sumber hasil laut di manafaatkan sepenuhnya bagi menjana ekonomi mereka.

Kemudahan seperti tandas, taman permainan kanak-kanak, kerusi untuk berehat banyak tersedia sepanjang pantai. Di hari minggu pantai ini sememangnya menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkelah bersama keluarga atau teman-teman. Luangkan masa anda seketika apabila melewati pantai ini samada untuk menghilangkan dahaga ataupun berehat seketika dari kepenatan memandu. Jika anda berhajat bermalam, terdapat homestay yang di usahakan oleh persatuan nelayan disini dengan kadar berpatutan. Untuk maklumat lanjut bagi membuat tempahan anda boleh menghubungi mereka di talian 09-6977921 .

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. […] then took a drive up a little North along the coastal road. Stopping at Pantai Rhu Sepuloh, a small fishing village with a beautiful […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *