DSC_4990

Pantai Teluk Bidara

Tidak jauh dari Kuala Dungun terletak satu pantai yang mempunyai jaluran pantai yang panjang serta struktur batuan di tepi pantai yang membentuk gua dan boleh dilalui ketika air surut.Pantai Teluk Bidara sudah tidak asing lagi bagi masyarakat setempat.Dengan siapnya jambatan menghubungkan antara Seberang Pintasan dan Kuala Dungun jarak atau perjalanan untuk ke pantai ini menjadi lebih mudah dan singkat.Setiap hujung minggu pantai ini akan di penuhi oleh para pengunjung yang datang berkelah ataupun beriadah bersama teman ataupun keluarga.

Dengan keadaan pantai yang baik menjadikan Teluk Bidara selamat untuk aktiviti mandi manda.Terdapat satu bukit di sini yang menempatkan rumah api.Anda dapat melihat panorama yang lebih luas bila naik ke atas bukit ini di mana kelihatan pulau Tenggol yang menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di daerah Dungun ini.Seperti di pantai-pantai pelancongan lain di Terengganu, kemudahan seperti tandas, bilik persalinan dan gerai jualan juga terdapat di sini.Kadang kala anda akan dapat melihat aktiviti berkuda oleh penduduk tempatan pada sebelah petang.Singgah saja di pantai ini bila anda melewati daerah Dungun dan nikmati keindahan alam ciptaan tuhan di bumi Terengganu.

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  1. […] – Kegembiraan 13 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin berkelah di Pantai Teluk Bidara dekat sini semalam berakhir dengan seorang daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi masih […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *