Pasar Payang – Syurga Batik Sutera & Songket

Post

“kak, masuk kak, batik sutera murah-murah” , skrip yang sudah sinonim bagi penjual batik sutera di Pasar Payang, Terengganu.

Pasar Payang sudah menjadi satu tempat wajib bagi para pelancong dari luar Terengganu untuk bertandang dan membeli belah pelbagai barangan terutamanya batik sutera Terengganu yang sememangnya bermutu dan cantik.Kebanyakan kedai menjual batik sutera,batik biasa dan juga songket terletak di aras pertama pasar dan terdapat puluhan kedai di sini yang menawarkan pelbagai corak dan warna batik dengan kadar harga yang istimewa.Oleh kerana jarak kedai antara satu sama lain bersebelahan jadi berbezaan harga tidak begitu ketara antara kebanyakan kedai-kedai di sini cuma hanya menunggu selera anda untuk memilih dan membeli.

Kebanyakan batik sutera di jual dari harga kurang daripada RM100.00 untuk sepasang hinggalah ke ratusan ringgit bergantung kepada corak dan juga jenis kain yang di gunakan bagi menghasilkan batik terbabit.Oleh kerana batik sutera di lukis dengan menggunakan tangan jadi setiap corak yang di jual adalah berbeza kesemuanya.Kuasa tawar menawar ada di tangan anda dan adalah lebih baik anda terlebih dahulu membuat pemerhatian dari kedai ke kedai sebelum membeli.

Begitu juga dengan songket yang mana terdapat dua jenis songket yang di jual iaitu songket tenun dan juga songket mesin,kebiasaannya songket tenun lebih mahal daripada songket mesin.Untuk mengenali berbezaan kedua jenis songket ini adalah dengan melihat kepada hujung kain terbabit di mana songket tenun akan kelihatan juraian benang yang masih ada manakala songket mesin tidak mempunyai juraian benang dan hujungnya kelihatan kemas atau rapi.Songket tenun juga mempunya pelbagai peringkat harga dari ratusan hingga puluhan ribu ringgit bergantung kepada jenis benang yang di gunapakai.

Jadi selamat membeli belah batik sutera Terengganu di Pasar Payang :)



Related Posts with Thumbnails

  1. Izzati05-11-12

    kedai ni kat mana ? nama paaa

  2. NORISAH MAT ISA09-19-12

    SALAM.

    BOLEH BELI SUTERA KE KAT SINI?????

  3. ashmeer12-19-12

    kalau saya datang ke kuala terengganu 4h3m , macam mana saya nak uruskan aktiviti disana?

    ada sesiapa yang boleh bantu saya untuk membuat aturcara lawatan ?

  4. Azlina Zakaria05-01-13

    salam….x de jual online ke?kalau ade macam mane???

  5. suriani05-01-13

    salam saya nak tanya serape harga jika saya mahu amik sutera dalam kuantiti 20 pasang

Leave a Reply