xDSC_3784

Pembuat Bot Tradisional, Pulau Duyung

Pulau Duyung sudah tidak asing lagi didalam peta peminat bot dari seluruh dunia. Disini wujudnya bengkel membuat bot secara tradisional. Daripada sekecil-kecil bot hinggalah kepada kapal layar atau kapal mewah yang besar dimana mencecah belanjaan jutaan ringgit dihasilkan daripada dua bengkel bot yang terdapat disini kepunyaan Haji Abdullah dan juga Hassan Ali. Kepakaran mereka adalah kemahiran tradisi yang diwarisi sejak turun temurun.

Seperti Haji Abdullah yang telah mula menceburi bidang membuat bot ini sejak daripada tahun 1958 sehingga kini, walaupun kini telah agak berusia namun kerja-kerja membuat bot tetap di teruskan lagi oleh para pekerjanya. Antara keunikan pembuatan kapal layar disini adalah tanpa menggunakan paku sebaliknya penggunaan kayu sebagai pasak.

Sesiapa sahaja boleh datang melawat ke bengkel ini dan melihat cara mereka bekerja tanpa dikenakan sebarang bayaran. Jangan lepaskan peluang ini jika anda berada di Kuala Terengganu. Mungkin ada sesuatu yang boleh anda pelajari hasil daripada lawatan itu nanti.

Related Posts with Thumbnails

6 Comments

  1. Ishak - 6 years ago

    Saya dah pencen tapi ingin cari pengalaman nak kerja tukang buat kapal/perahu. Bagaimana nak hubungi Tn.Hj. Abdullah atau En. Hassan Ali di Pulau Duyung tu

    • mai - 5 years ago

      aq nk cara membuat bot di malaysia nk wat karangan!!!!

  2. nurul zulaikha bt ahmad - 5 years ago

    assalamuaaikum.boley tak saya nk num haji abdullah tuk contact dy untuk siapkan tugasan sy.pleaseeeee.so urgent.

  3. ameer - 4 years ago

    salam. nak bawak budak sekolah rombongan ke sini? mcm mana? nak kontek sapa? perlu surat? tolong…

  4. Self-Hypnosis - 3 years ago

    X sangka org Terengganu pandai buat bot kayu dari tahun 1958.

  5. nas - 1 year ago

    teringin nak buat lawatan ke sini,ada contact tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *