DSC_7828

Pulau Gemia

Jiran terdekat Pulau Kapas ini agak kurang popular di kalangan pelancong tempatan, tetapi ianya cukup terkenal di kalangan pelancong asing dan sering menjadi pilihan mereka sebagai destinasi percutian kerana suasananya yang sunyi memandangkan hanya satu resort sahaja terdapat di pulau ini. Pulau ini di kelilingi oleh batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai, menyebabkan pulau ini sedikit terpencil berbanding Pulau Kapas.

Snorkeling, trekking dan berkayak merupakan aktiviti lumrah yang disediakan di pulau ini, namun biasanya pelancong lebih gemar berehat dan menghabiskan masa dengan membaca buku di tepi pantai atau di balkoni bilik mereka yang menghadap biru laut China Selatan. Pulau ini juga menjadi destinasi penyu dari spesis Agar untuk bertelur. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu spesis ini bertelur. Anak-anak penyu yang menetas dari telur di pulau akan diberi perlindungan dan dipelihara sehinggalah tiba waktu yang sesuai untuk dilepaskan ke laut.

Jika anda ingin bercuti dengan suasana tenang dan damai, tidak salah memilih pulau Gemia sebagai destinasi anda.Untuk maklumat lanjut  dan tempahan sila layari laman web dibawah ini.

Info lanjut : http://www.gemisland.com.my

Related Posts with Thumbnails

6 Comments

  1. fidra - 7 years ago

    pernah dengar sahaja nama pulau gemia. but seriously tak pernah tahu rahsia besar kecantikan pulau nih..
    plss promote kan lagi…dan lagi..

  2. Silvia Gómez - 7 years ago

    Wonderful island …. excellent images that invite us to discover amazing places. For me it was a startling discovery!

  3. dome - 7 years ago

    Thanks Silvia 🙂

  4. Jessie - 5 years ago

    Please send me the quatation to Pulau Gemia for 3d2n on 13/9-15/9/13 about 85pax included children below 12years old.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *