xDSC_6983

Pulau Kapas

Pulau kapas antara pulau peranginan yang terletak paling dekat dengan tanah besar Terengganu. Ia terletak didalam daerah Marang, kira-kira 18km daripada Kuala Terenganu dan 6km daripada jeti Marang. Pulau kapas antara destinasi popular dikalangan ‘backpackers’ daripada eropah dan juga pelancong tempatan. Mempunyai jaluran pantai yang cantik dengan air kebiruan dan juga anda dapat melihat suasana matahari terbenam bersama teman-teman, bermandi-manda, snorkeling dan sebagainya.

Jika anda sampai ke Jeti Marang, terdapat banyak operator dan agensi pelancongan yang anda boleh pilih berdasarkan bajet anda sebelum memulakan percutian. Jika anda datang ketika musim cuti persekolahan atau tidak mempunyai masa untuk bermalam di pulau, anda tidak perlu risau kerana ada juga operator bot yang mengadakan ‘day trip’ bagi mereka yang ingin merasai suasana bercuti dipulau ini. Untuk menjimatkan dari segi makan dan minum anda boleh membeli bekalan di bandar Marang kerana harga barangan di kebanyakan pulau adalah lebih tinggi kerana kos pengangkutan. Bagi mereka yang mengambil pakej bermalam, makan dan minum anda sudah tersedia bersama pakej.

Pulau ini juga menjadi salah satu destinasi pilihan bagi mereka yang berminat dengan selaman skuba. Anda dapat menikmati kehidupan dibawah air yang indah dan mempesonakan disini.

Untuk tempahan secara online anda boleh juga melayari laman sesawang di  bawah ini :

www.kapasturtlevalley.com
www.kapas-island-resort.com

Related Posts with Thumbnails

2 Comments

  1. Mohd Zaki Bin Zainuri - 5 years ago

    dari jeti marang ke pulau kapas ?
    boat rate untuk 38 dewasa dan 11 org bwh 12 thn ?
    ade pakej ?

  2. hafizudin - 3 years ago

    cantek…terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *